Thursday, August 28, 2014

HAMAS ISYTIHAR MENANG SETELAH BERPERANG SELAMA 50 HARI




“Berkat kemuliaan Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Briged Izzudin Al-Qassam dan gerakan lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri ketika menyambut pengumuman genjatan senjata itu, lapor Al Jazeera.
“Kita boleh meraih kemenangan yang selama ini belum dapat diraih pasukan negara-negara Arab. Hari ini, rakyat Palestin yang terkepung dan lemah boleh menang ke atas kekuatan jahat Israel. Kita dapat menghancurkan pasukan yang katanya tidak pernah kalah,” katanya.
Sehubungan itu, Hamas juga mengizinkan penduduk Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah mereka.
“Sekarang kami izinkan penduduk Yahudi, terutama yang berada di sekitar Tebing Gaza untuk kembali ke rumah mereka. Itu adalah izin Hamas, bukan daripada perdana menteri Netanyahu,” katanya.
Seorang lagi jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, berkata:“Kemenangan ini membuktikan hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan daripada perang panjang membebaskan Masjidil Aqsa.”
Terdahulu, pemerintah kudeta Mesir yang menjadi orang tengah perundingan damai Gaza-Israel mengumumkan tercapainya kesepakatan damai antara Gaza dan Israel.
Kesepakatan itu bermula jam 7 malam waktu tempatan, Selasa dan gencatan senjata itu akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.
Di Ramallah, Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata delegasi Palestin bersetuju dengan kesepakatan gencatan senjata di Gaza.
Sementara itu, delegasi Hamas dalam perundingan, Musa Abu Marzuq berkata rundingan yang berjaya memperoleh kesepakatan adalah kemenangan yang akan disematkan kepada seluruh rakyat Palestin.
Beberapa sumber dalam pemerintahan Palestin, seperti dilaporkan Aljazeera berkata antara yang dipersetujui ialah pintu sempadan dibuka, Tebing Gaza dibangunkan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk secepat mungkin.
Sementara itu, Reuters melaporkan, persetujuan gencatan senjata di antara Palestin dan Israel bagi menamatkan pergolakan berdarah di Gaza yang memasuki hari ke-50 kelmarin disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira penduduk di wilayah ini.
Penduduk Palestin meraikan persetujuan tersebut dengan berkumpul dan berarak di jalan-jalan raya sambil membunyikan hon kenderaan masing-masing, selain corong pembesar suara di masjid turut memainkan lagu yang memuji kebesaran Allah.
"Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Kami terluka setelah berlakunya banyak kematian, tetapi kami juga bangga kerana kami walaupun berperang secara bersendirian, tetapi perpaduan kami masih lagi kekal utuh," kata seorang penduduk Gaza yang dikenali sebagai Ahmed Awf.
Bagaimanapun, Israel yang enggan memberi maklum balas lanjut berkenaan persetujuan itu berkata, jika persetujuan itu dihormati, usaha membawa masuk bantuan makanan, perubatan dan bahan binaan bagi membangunkan semula Gaza akan berjalan dengan lancar.
"Israel tidak mempunyai sebarang masalah dengan penduduk awam yang menyatakan sokongan mereka ke atas Gaza, tetapi kami tidak mahu melihat Hamas membina semula kekuatan ketenteraan mereka," kata jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Mark Regev.
Israel berpendapat pergerakan Hamas kini sedang mengalami tamparan hebat selepas beberapa pemimpin sayap ketenteraan mereka terbunuh, selain terowong bawah tanah yang menghubungkan mereka dengan kawasan sempadan Israel dimusnahkan.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jen Psaki berkata, pihaknya menggesa kedua-dua belah pihak mematuhi syarat perjanjian yang ditetapkan bagi memastikan gencatan senjata berkenaan 'bersifat kekal dan berterusan'.
"Kami melihat perkara ini sebagai satu peluang, bukan kepastian. Perjalanan masih panjang dan kita harus sentiasa menyedari akan perkara ini. Kita akan tangani masalah ini secara terbuka," kata Psaki. 
#credit to themalaysianinsider.

“Berkat kemuliaan Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Briged Izzudin Al-Qassam dan gerakan lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri ketika menyambut pengumuman genjatan senjata itu, lapor Al Jazeera.
“Kita boleh meraih kemenangan yang selama ini belum dapat diraih pasukan negara-negara Arab. Hari ini, rakyat Palestin yang terkepung dan lemah boleh menang ke atas kekuatan jahat Israel. Kita dapat menghancurkan pasukan yang katanya tidak pernah kalah,” katanya.

Sehubungan itu, Hamas juga mengizinkan penduduk Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah mereka. “Sekarang kami izinkan penduduk Yahudi, terutama yang berada di sekitar Tebing Gaza untuk kembali ke rumah mereka. Itu adalah izin Hamas, bukan daripada perdana menteri Netanyahu,” katanya.
Seorang lagi jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, berkata:“Kemenangan ini membuktikan hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan daripada perang panjang membebaskan Masjidil Aqsa.”
Terdahulu, pemerintah kudeta Mesir yang menjadi orang tengah perundingan damai Gaza-Israel mengumumkan tercapainya kesepakatan damai antara Gaza dan Israel.
Kesepakatan itu bermula jam 7 malam waktu tempatan, Selasa dan gencatan senjata itu akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.
Di Ramallah, Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata delegasi Palestin bersetuju dengan kesepakatan gencatan senjata di Gaza.
Sementara itu, delegasi Hamas dalam perundingan, Musa Abu Marzuq berkata rundingan yang berjaya memperoleh kesepakatan adalah kemenangan yang akan disematkan kepada seluruh rakyat Palestin.
Beberapa sumber dalam pemerintahan Palestin, seperti dilaporkan Aljazeera berkata antara yang dipersetujui ialah pintu sempadan dibuka, Tebing Gaza dibangunkan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk secepat mungkin.
Sementara itu, Reuters melaporkan, persetujuan gencatan senjata di antara Palestin dan Israel bagi menamatkan pergolakan berdarah di Gaza yang memasuki hari ke-50 kelmarin disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira penduduk di wilayah ini.
Penduduk Palestin meraikan persetujuan tersebut dengan berkumpul dan berarak di jalan-jalan raya sambil membunyikan hon kenderaan masing-masing, selain corong pembesar suara di masjid turut memainkan lagu yang memuji kebesaran Allah.
"Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Kami terluka setelah berlakunya banyak kematian, tetapi kami juga bangga kerana kami walaupun berperang secara bersendirian, tetapi perpaduan kami masih lagi kekal utuh," kata seorang penduduk Gaza yang dikenali sebagai Ahmed Awf.
Bagaimanapun, Israel yang enggan memberi maklum balas lanjut berkenaan persetujuan itu berkata, jika persetujuan itu dihormati, usaha membawa masuk bantuan makanan, perubatan dan bahan binaan bagi membangunkan semula Gaza akan berjalan dengan lancar.
"Israel tidak mempunyai sebarang masalah dengan penduduk awam yang menyatakan sokongan mereka ke atas Gaza, tetapi kami tidak mahu melihat Hamas membina semula kekuatan ketenteraan mereka," kata jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Mark Regev.
Israel berpendapat pergerakan Hamas kini sedang mengalami tamparan hebat selepas beberapa pemimpin sayap ketenteraan mereka terbunuh, selain terowong bawah tanah yang menghubungkan mereka dengan kawasan sempadan Israel dimusnahkan.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jen Psaki berkata, pihaknya menggesa kedua-dua belah pihak mematuhi syarat perjanjian yang ditetapkan bagi memastikan gencatan senjata berkenaan 'bersifat kekal dan berterusan'.
"Kami melihat perkara ini sebagai satu peluang, bukan kepastian. Perjalanan masih panjang dan kita harus sentiasa menyedari akan perkara ini. Kita akan tangani masalah ini secara terbuka," kata Psaki. – 28 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hamas-umum-menang-di-gaza-hancurkan-mitos-israel-kebal#sthash.B4W4DyLn.dpuf

Sunday, August 17, 2014

NIAT - NIAT UNTUK ANDA YANG MAHU MENIKAH


HABIB JINDAN BIN JINDAN BERKATA :
NIAT - NIAT UNTUK ANDA YANG MAHU MENIKAH ( ZUAD )
1. Saya menikah dengan niat untuk menjalankan sunnah Rasulullah SAW.
2. Saya menikah dengan niat untuk menjaga mata dari pandangan yang haram.
3. Saya menikah dengan niat untuk mendapatkan keturunan yang dapat memperbanyak jumlah umat islam.
4. Saya menikah dengan niat untuk meraih kecintaan ALLAH dengan berusaha mendapatkan keturunan yang bisa melanjutkan generasi umat manusia.
5. Saya menikah dengan niat untuk meraih kecintaan Nabi Muhammad SAW demi memperbanyak umatnya yang berkualitas hingga kelak di hari kiamat Rasulullah SAW bangga dengan hal tersebut. Dalam hadits disebutkan, “Menikahlah dan perbanyaklah keturunan! Sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan umat-umat lain kelak di hari kiamat.”
6. Saya menikah dengan niat untuk memperoleh keberkahan dari doâa yang dipanjatkan seorang anak shalih setelah saya wafat kelak,sekaligus berharap pertolongan dan syafa’at dari anak-anak tersebut jika mereka meninggal ketika masih kecil.
7. Saya menikah dengan niat untuk menjaga kehormatan istri dan memenuhi kebutuhannya, serta berniat untuk mencukupi nafkah istri dan anak-anak.
8. Saya menikah dengan niat untuk menjaga diri dari setan, menghilangkan kerinduan dan kecenderungan syahwat yang negatif, menjaga kemaluan dari perbuatan hina, menjaga pandangan, dan mengusir rasa was-was.
9. Saya menikah dengan niat untuk menyenangkan dan membahagiakan diri dengan cara duduk bersama pasangan atau memandang serta yang lainnya, agar bisa bertambah giat dan lebih tenang dalam beribadah.
10. Saya menikah dengan niat untuk mengurangi kesibukan hati dalam mengatur rumah, mengerjakan pekerjaan dapur, menyapu dan membersihkan perabotan, serta mendapatkan kemudahan hidup.
11. Saya menikah dengan niat untuk melatih diri dalam hal bertanggung jawab sebagai pemimpin rumah tangga, berusaha memenuhi kebutuhan istri, sabar atas kelakuan dan keburukan mereka, berusaha memperbaiki akhlaq mereka, membimbing mereka kepada kebaikan, mencari rizqi yang halal untuk mereka, serta menjalankan kewajiban dalam mendidik anak-anak dengan pertolongan ALLAH.
12. Saya menikah dengan niat pada semua niat tersebut dan niat lainnya dari semua yang saya curahkan, saya ucapkan, dan saya kerjakan, dalam urusan pernikahan ini, karena ALLAH SWT.
13. Saya menikah dengan niat seperti yang telah diniatkan oleh para hamba ALLAH yang shalih dan para ulama yang mengamalkan ilmunya. (Kemudian berdoâa) “Yaa ALLAH, berikan taufiq kepadaku seperti halnya Engkau memberi taufiq kepada mereka, dan tolonglah aku seperti halnya Engkau telah menolong mereka.”
Semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua.
Amiin….

*Mungkin tak semua niat di atas kita mampu beramal, sekurang-kurangnya tidaok semua kita tinggalkan.. Pesanan ini khas buat diri ini... kawan2 yang baca entri ini tolong doakan BUNKCOP tau... mak!!!!!!!! aku mahu kawiiiin.... he he...

Tuesday, August 12, 2014

CARA PENGGUNAAN GEAR AUTO SECARA BETUL


Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama

ILMU YANG MANFAAT.... sampaikan ilmu walau sepotong ayat... 

Friday, January 24, 2014

TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB : DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN

Hari ini BunkCop berasa sedih kerana kita telah kehilangan seorang tokoh hebat dalam pejuangan dakwah di muka bumi malaysia ni amnya.. semalam tepat pukul 12 malam kita dikejutkan dengan pemergian Ustaz Harun Taib. Semoga Rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..
 






BunkCop kongsikan coretan seorang yang amat mengenali beliau...

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah


Siapa Sultan Abdul Hamid???

Pernah tengok gambar ni kat kedai x????



Jom BunkCop kongsi bersama siapa Sultan Abdul Hamid ni...


DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah diputerakan pada 4hb. Jun 1864. Baginda ialah Sultan Kedah yang ke-28 dan memerintah dari tahun 1882 sehingga 1943. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan Kedah pada 21hb. Januari 1882 ketika baginda berusia 19 tahun, setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah.

Memandangkan usia baginda masih muda ketika ditabalkan, baginda telah melantik Jemaah Pemangku Raja untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran negeri. Sultan Abdul Hamid sering mengadakan lawatan ke negeri-negeri lain untuk meninjau kemajuan negeri berkenaan dan belajar tentang urusan pentadbiran negeri. Pada tahun 1885, baginda melawat negeri Perak. Baginda juga mengunjungi Singapura untuk tujuan yang sama. Sultan Abdul Hamid sering mengunjungi Bangkok untuk merapatkan hubungan dengan penanungnya iaitu Rama IV. Setiap kali tiba hari perayaan atau hari keputeraan Rama IV, baginda akan ke Bangkok dengan menaiki kapal baginda 'Good Luck'. Antara kota lain yang pernah dilawati ialah Rangoon (Yanggon), Mandalay, Bombay (Mumbai) dan menghadiri upacara pertabalan Raja Inggeris, King George V pada tahun 1911.

Berdasarkan hubungan diplomatik yang erat dengan kerajaan Siam, baginda telah dikurnai bintang 'Order the White Elephant First Class' bersama gelaran Chao Phya Saiburi. Atas kegigihan baginda, kerajaan Siam menganugerahkan pangkat 'Chao Phya Riddisongkran Bakti' serta dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul dan Perlis. Ketulusan hati baginda telah berjaya menawan hati Raja Chulalongkorn, hinggakan putera baginda iaitu Tunku Yusof, Tunku Badlishah dan Tunku Mohammad Jewa telah dijadikan anak angkat Raja Chulalongkorn dan dimasukkan ke King's College di Bangkok. Tunku Yusuf sebagai King's Scholar kemudiannya dihantar ke Rugby School, England untuk melanjutkan pelajarannya. Tunku Badlishah yang juga sebagai King's Scholar dihantar ke Wadham College, Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi. Sementara Tunku Mohammad Jewa terus menuntut di King's College sehingga 1909 sebelum meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Sultan Abdul Hamid telah melakukan banyak perubahan dalam urusan pentadbiran. Pada akhir abad ke-19, baginda telah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom serta Mahkamah Keadilan. Baginda juga telah menubuhkan Council Negeri yang berperanan membantu dalam urusan pentadbiran. Anggota majlis tersebut terdiri daripada Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), W.J.F. Williamson (Penasihat Kewangan), Haji Ahmad (Hakim Besar) dan Cik Mohamed Ariffin (Setiausaha Kerajaan). Kecekapan Datuk Wan Muhammmad Saman sebagai Perdana Menteri telah banyak membantu baginda dalam pentadbiran negeri. Kematian Datuk Wan Muhammmad Saman pada 14hb. Disember 1898 merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Kedah.Sementara untuk jaminan keselamatan, baginda telah mencadangkan penubuhan pasukan polis.

Sultan Abdul Hamid juga membawa banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi. Antaranya ialah baginda menggalakkan penanaman padi di negeri Kedah. Hasil perbincangan dengan Datuk Wan Muhammmad Saman, terusan sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan sedalam 5 kaki telah dibina bermula dari Sungai Kedah ke kaki Gunung Jerai untuk tujuan pengairan. Selain penanaman padi, penanaman getah turut diperkenalkan pada tahun 1909. Anakanda baginda, Tunku Ibrahim telah memperkenalkan pekan sehari atau lebih dikenali sebagai 'pekan nat' untuk para petani memasarkan hasil pertanian mereka. Baginda telah berkenan menganugerahkan sebidang tanah sebagai tapak untuk pembinaan 'Pekan Rabu'.

Sultan Abdul Hamid turut mengambil berat soal perkembangan agama Islam. Sekembali dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir. Baginda mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir. Baginda telah menubuhkan Majlis Ulama, mengusahakan pembinaan Madrasatul Hamadiah di Limbung Kapal dan memperkenan pembinaan Al Ma'hadi Mahmud (Maktab Mahmud) di Jalan Pegawai. Selain itu, baginda telah memperkenalkan jubah untk dipakai oleh kakitangan masjid.

Sultan Abdul Hamid  juga berkebolehan menguasai bahasa Inggeris, bahasa Siam dan bahasa Arab. Baginda amat menitikberatkan soal pendidikan rakyat. Untuk tujuan itu, banyak sekolah didirikan. Antaranya di Kulim (1896), Jalan Baru Alor Star (1898), Yan (1900), Simpang Empat Kangkung (1906) dan Junjung, Kulim (1906). Atas keprihatinan melihat pelajar aliran Inggeris berulang-alik untuk mendapat ilmu di Pulau Pinang, baginda telah perkenan menubuhkan sebuah sekolah Inggeris yang pertama pada tahun 1908 di Alor Star yang kemudiannya dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Pada peringkat awal, para pelajarnya hanya terdiri daripada anak-anak golongan bangsawan. Namun pada tahun 1911, KSAH telah dibuka untuk orang ramai. Pada tahun 1917, KSAH telah dirasmikan oleh baginda. Sekolah Cina turut dibenarkan dibina. Pada tahun 1930-an wujud pula sekolah Tamil pertama di negeri Kedah iaitu di Kuala Muda.

Antara pembaharuan lain ialah baginda menggerakkan usaha pembinaan jalan raya, memprkenalkan perkhidmatan telegraf (1899), penubuhan Jabatan Kesihatan dan penjara (1905), hospital (1908) serta pengemasan Balai Nobat (1912). Baginda turut memperkenalkan bendera peribadi baginda yang berwarna kuning pada tahun 1912.
Menginjak di penghujung pemerintahan, baginda telah kehilangan kaum kerabat yang banyak membantu iaitu Tunku Aziz, Tunku Mahmud dan Tunku Ibrahim. Baginda sendiri turut mengalami masalah kesihatan. Semasa kedatangan Jepun pada tahun 1943, baginda telah melarikan diri mengikut pegawai-pegawai Inggeris. Atas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman, baginda dibawa ke Sidim, Kulim untuk mendapatkan perlindungan. Baginda telah menduduki takhta selama 62 tahun. Baginda dianggap sebagai seorang Sultan yang memiliki kebesaran daulat oleh banyak generasi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Yang Di-pertuan.

Baginda mangkat pada 13hb. Mei 1943 dan diganti oleh Sultan Badlishah. Anakanda-anakanda almarhum termasuklah DYMM Sultan Badlishah, Tunku Ya'acob dan Tunku Abdul Rahman Putra yang dilahirkan pada 8hb. Februari 1903 di Alor Star. Tunku Abdul Rahman Putra ialah Perdana Menteri Malaysia pertama (1957 - 1959 dan 1959 - 1970). Beliau meninggal dunia pada 6hb. Disember 1990 di Kuala Lumpur. KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim yang memerintah negeri Kedah Darul Aman sekarang ialah cucunda DYMM Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Catatan:
Diedit dari esei asal yang diterbitkan di dalam buku "Indah Khabar Indah Rupanya" (diterbitkan sempena KSAH 100 Tahun).


Tuesday, December 3, 2013

KELUARGA BAHAGIA

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Subhanallah.. bestnya keluarga mcm ni. ini lah impian sy ..ingin mmbina keluarga yg taat perintah Allah, mencintai Allah dan rasul melebihi segalanya.
-rumahku syurgaku-

Friday, November 29, 2013

Masihkah kita ingat Deso Dogg

Masihkah kita ingat Deso Dogg, bekas penyanyi RAP German yang baru memeluk agama islam. Nama islam beliau Abu Talhah. Kemudian beliau telah berjuang di Syria dan kini beliau telah syahid :').

Ya Allah berikanlah kami peluang seperti mereka yang telah berjaya mempertahankan islam hingga nyawa jadi taruhan.. Allahu Akhbar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors