Wednesday, March 20, 2013

SAUH

pasakkan hati dengan Allah..
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera, salam penuh keimanan dan ketaqwaan buat semua. mudah-mudahan saat ini lebih baik, lebih ceria dan lebih bersemangat daripada hari-hari yang berlalu. yang duk rumah senang-lenang bergoyang kaki atas beranda tu menikmati saat-saat cuti sem ni, jangan duk asyik berguling atas katil je, jangan asyik menonton tv aje kerjanya. harap adalah ‘something’ yang boleh menguatkan makanan rohani kita. (panjang pula mukaddimah hari ni, thanks to my hand). hee. btw, lagu mana subuh anda hari ni? ada buat solat sunat sebelum subuh? subuh semut atau atau subuh badak? hmm, pukul dada tanya selera ya!

tetiba rajin nak bercerita pula petang ni. kisah menarik yang boleh menaikkan semangat mana-mana mereka yang sedang lemau tengah kekenyangan baru lepas lunch tu. eheh. *kata kat diri sendiri nampak*

tentera-tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad terpinga-pinga. asap hitam berkepul-kepul mewarnai angkasa. api marak menjulang, meratah kapal-kapal kayu yang baru saja berlabuh di pantai semenanjung Iberia.

“mengapa kapal-kapal kita dibakar, sedangkan musuh masih belum kita perangi?”
seribu satu persoalan berlegar- legar dalam kalangan tentera Islam, namun arahan ketua wajib dipatuhi. keadaan menjadi semakin buntu. tiba-tiba di suatu sudut kedengaran satu suara.
“wahai tentera Islam! laut di belakang kamu, musuh dihadapan kamu. maka pilihlah  mana yang kamu kehendaki. kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. tiada yang dapat menolong kamu di sini melainkan Allah Taala.”

kata-kata Tariq bin Ziyad ini membakar semangat pejuang-pejuang Islam demi menegakkan syiar Islam di benua Eropah.

mahu menjadi pejuang Islam yang bersamangat macam tu? mahu melatih diri menjadi askar Islam yang berani? caranya nak tak nak kena sauhkan diri dahulu. bagaimana? alaaa, jangan duk hentak-hentak kaki kalau tak tahu. meh sini,

cuba bayangkan kapal yang beratnya beribu-ribu tan mampu ditambat di tengah-tengah lautan yang bergelora hanya dengan menggunakan satu alat yang dinamakan sauh. sedangkan berat dan saiz sauh itu pula beribu-ribu kali ganda lebih ringan daripada kapal itu sendiri. begitu jugalah dengan diri kita, hati kitalah yang berperanan sebagai sauh dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh arus cabaran dan ujian. semakin kuat iman kita, semakin panjang tawakkal kita pada Allah, semakin sayang kita kepada ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w, semakin keballah diri ini daripada terus hanyut dibawa arus dunia dan pengaruh negatif di luar sana.

pasakkan dan sauhkan dalam-dalam hati kita ni pada Allah. biar meresap jauh ke dalam salur-salur darah, peripheral vein, brachial artery, common carotid artery dan seluruh sistem badan. ahh, nak senang biar secara holistik lah (sila baca: menyeluruh). biar orang tarik sekuat mana pun, hati tu biar tetap pada yang satu, pada jalan yang betul.

Tuesday, March 19, 2013

JOM TENGOK SAPA AKAD NIKAH TAHUN 2013

Mula skali yang Bunkcop dapat kesan ni ha.. kawan Bunkcop..

Fikri Nordin

duk pegang dagu.. mengapai....

Cop mifoda.. kenai kot no kawan2 kita...
aku nikahkan akan dikau... cuak!!!!!
kawan kita ni.. sapa kenal..
pink colour
kuning pullak
hat ni sapa kenai.. fathi yakin... he he
sah sah sah..
haziq ngan asyraf ambik semangat kawan2. he he
adik beradik dan beras... besan ja yang x dak hi hi

yang natasha dan pasangannya...
potong kek....ooo...

ni wafie.. ada sapa kenai.. geng2 kita ja..
x mau lepas tangan tuuuuu


Bunkcop bila??? kami rilek la... bagi kawan2 dulu ha ha...

CUTI PANJANG


Assalamualaikum.. Bismillah...

Lama pulak tinggal blogger ni.. erm.. amacam semua insyallah sihat kut noh.. Bunkcop alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menerima nikmat dari tuhan sekalian alam dengan penuh syukur dan rendah diri Bunkcop mengucapkan tasbih dan tahmid untuk tuhan rabbul izzati dengan nikmat sehat yang dikurniakan ini dan selama ini...

Baru2 ni Bunkcop diberi cuti selama 5 minggu untuk midsem untuk memberi peluang tempoh perpindahan dari kampus induk ke kampus baru insaniah di kuala ketil.. dan baru2 ini 17 ari bulan cuti selama 5 minggu ini sudah berakhir... dan alhamdulillah Bunkcop berkesempatan untuk mempelajari satu ilmu yang sangat penting iaitu mengajar pelajar tahfiz di kg setar yan.. banyaklah cerita disana jika bunkcop nak kongsikan.. tapi biarlah ia menjadi ilmu kepada pangalaman yang Bunkcop lalui... untuk membantu diri ini agar lebih bersedia dengan apa pun rintangan yang datang... Maahad itu diterjui oleh sahabat Bunkcop sendiri.. iaitu Muaz Mumtaz.. n rata2 tenaga pengajar kat situ semua kenalan Bunkcop.. adli fikri azman abg piyan.. semua sahabat seperjuangan masa diploma dulu..

wajah2 guru maahad fityan




Bunkcop berkhidmat dekat maahad fityan tu selama sebulan lebih jugak.. kiranya sepanjang cuti la jugak... marilah sama2 kita doakan maahad ini terus maju dan selalu dicucuri ramat dan hidayah allah selamanya...

Setelah selesai cuti dan berkhidmat mulalah baki pengajian di kampus lama insaniah di mergong... insyallah bunkcop ada lagi 7 minggu lagi untuk bunkcop lalui liku2 kehidupan sebagai seorang mahasiswa insaniah... berjaya x berjaya tu bukan hak kita untuk menilaikan.. insyallah doakan semoga bunkcop terus hidup dalam suasana belajar dan menuntut ilmu hingga ke akhir hayat Insyallah...



Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bagi seluruh umat Islam diseluruh dunia.  Di ruangan ini saya ingin mengajak orang ramai supaya datang beramai-ramai dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada kekasih Allah S.W.T. Tema Maulidur Rasul pada tahun 2013 ini ialah Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah. Wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Setiap tahun pihak kerajan memperuntukkan sebahagian dana dan peruntukan untuk majlis-majlis keagamaan dengan pelbagai program yang dapat menyemarakkan lagi rasa ukhwah sesama kita masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Justeru itu, marilah kita beramai-ramai hadir dimasjid-masjid dengan rasa tawaduk serta menolak perbezaan ideologi untuk duduk bersama-sama meraikan sambutan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. kita patut menyambutnya dengan memahami sirah dan sebab mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun.

Ada satu program yang sungguh memberi manfaat... jom ramai-ramai kita memeriahkannya...
bermula hari khamis hingga hari sabtu...
jangan lepaskan peluang anda...
saat bila lagi anda hendak membuktikan yang anda mencintai RASULALLAH!!!!

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a

Wednesday, January 9, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN KE82

Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Ke 82 Tahun Pada Hari ini (10 Jan 2013)...Seluruh Pendukung Perjuangan Islam Mendoakan Kesejahteraan & Sihat Tubuh Badan Serta Dilanjutkan Usia Kepada Tuan Guru Agar Terus Dapat Memimpin Dan Berjuang Untuk Islam...
AMIN........
 

KISAH PEMUDA DAN BIDADARI SYURGA

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors