Monday, January 31, 2011

Be end menang di Tenang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi:

BN - 6,699 undi
PAS -2,992 undi
Majoriti - 3,707 undi

Majoriti BN adalah 1,215 undi lebih tinggi daripada yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.
  Banyak janji yang ditaburkan kepada penduduk Tenang nie, BunkCop ada dengaq PM Najib ada janji yang dia akan bagi 30 juta untuk membangunkan Tenang.

Kepada cikgu Mala, saya ucapkan tahniah atas usaha anda, marilah kita doakan agar malaysia akan berubah jugak suatu hari nanti.
  
wajah cikgu Mala bersahaja, cuba lagi cikgu..

Insyallah, entri lepas nie Bunkcop nak post tentang kebangkitan rakyat di mesir.

penaku
BunkCop

Sebuk Dengan Aktiviti Harian Sampai Tak Dan Post Blog


Baru-baru ni Bunkcop pi mengai ikan dekat ampangan juragan, dapat la ikan keli seekor... dekat dua minggu jugak Bunkcop x post apa-apa entri, bukan apa cuma sebok dengan kehidupan harian, result pun dah keluar, alhamdullih lah dapat keputusan yang baik.


sapa nak makan ikan nie..
                                  
insyallah lepas nie Bunkcop akan cuba untuk post result bunkcop dalam blog nie, bukan nak menunjuk tapi benda baik tak pa nak kongsi. ok kita jumpa pada entri yang akan datang ok...

BunkCop

Sunday, January 16, 2011

Mari Bersama Cikgu Mala, Selamatkan Malaysia..


Ayuh, org2 johor kita bersama-sama Cikgu Mala untuk menegakan keadilan, miskipun ada suara-suara yang mengatakan Cikgu Mala x akan boleh buat apa-apa, yakin dan pastilah bahawa tiada janji bahawa Johor kubu kuat UMno x akan roboh, sekiranya cita-cita cikgu Mala ini menjadi kenyataan maka, ini membawa erti rakyat malaysia sudah ingin berubah..

Artikal dari sumber lain..

LABIS, 17 Jan — PAS malam tadi mengesahkan ura-ura sebelum ini bahawa Normala Sudirman akan menjadi calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Tenang, Johor.
Pengumuman nama Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis, dibuat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dikenali lebih mesra dengan nama “Cikgu Mala”, beliau merupakan salah satu nama yang telah disenarai pendek oleh parti tersebut bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan dilangsungkan 30 Januari ini.
Mengenai pemilihan Normala sebagai calon, Abdul Hadi berkata: “PAS sedar wanita juga pengundi dan mereka juga perlukan suara mereka didengar.”
Beliau menambah ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan wanita sebagai calonnya pada pilihan raya.
Normala yang bersyukur dengan pemilihan beliau sebagai calon berkata: “Ini merupakan bukti pengiktirafan Pakatan Rakyat dan PAS khasnya terhadap kepentingan peranan yang dimainkan oleh wanita.”
Di antara isu yang akan diketengahkan beliau ialah masalah kemiskinan rakyat di luar bandar dan isu-isu berkaitan wanita.
Normala merupakan anak kelahiran Kampung Serom 3, Muar dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.
Isteri kepada Makrof Abd Mutalib, beliau merupakan ibu kepada seorang anak perempuan dan dua lelaki.
Normala adalah graduan Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan merupakan anak generasi kedua Felda.
Beliau yang memegang Diploma Perguruan mula menggiatkan diri dalam PAS selepas menamatkan pengajian pada 1997.
Pada 2000, beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor dan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Pada penghujung tahun lalu selepas 13 tahun mengajar, beliau meninggalkan profesion perguruannya kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas parti.
Beliau kini memegang jawatan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini.
BN akan mengumumkan calonnya pada Rabu ini.
Terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita dan ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.
Berasal dari Chaah, Haslinda, seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri. — Bernama

Siapa Abdul Salam Bilal Anelka?


Mungkin ada yang dah tau sapa empunya nama.. dan mungkin juga masih belum ada yang tau.. ok hari aku nak cerita sikit sapa dia ni.. maaf la aku pun dapat dari web lain so aku kongsikan bersama agar kita yang dah islam dari perut ibu ini dapat merasakan ketenangan di dalam Islam seperti mana dia ni..

BAGI peminat bola sepak dunia terutamanya penyokong kelab Inggeris, Chelsea, nama Nicolas Anelka mungkin sudah tidak asing lagi. Dia dianggap salah seorang penyerang paling berbahaya apabila berada di hadapan pintu gol lawan.
Pada musim lalu, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 22 gol. Anelka kini dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa tenang dan tidak emosional di padang.
Keadaan itu berbeza ketika lelaki kelahiran Versailles, Perancis itu mewakili Real Madrid, Liverpool, Manchester City dan Arsenal. Ini kerana ketika itu dia dikenali sebagai pemain yang suka merungut dan emosional.
Perubahan sikap Anelka itu sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Dia dilihat semakin bijak dan tenang dalam apa juga situasi. Dalam wawancara dengan sebuah media di Britain baru-baru, Anelka mendedahkan perubahan di dalam dirinya berlaku sejak dia memeluk agama Islam pada tahun 2004 ketika mewakili kelab di Turki.
”Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya gembira menjadi seorang Muslim kerana Islam adalah satu agama yang penuh ketenangan,” kata Anelka atau nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka.
Sebelum ini, Anelka pernah menyembunyikan identitinya sebagai seorang Islam kepada umum. Keadaan itu berbeza dengan rakan senegaranya Franck Ribery yang bermain dengan kelab Bayern Munich. Ribery sentiasa berdoa setiap kali hendak memulakan sesuatu perlawanan tetapi Anelka tidak berbuat demikian. Bagi Anelka, agama adalah soal peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Namun begitu selepas umum mengetahui agamanya, Anelka telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia kini seorang Islam dan mendapat hidayah pada tahun 2004, ketika bermain dengan kelab Fenerbahce, Turki.
Anelka yang dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, menghabiskan masa kecilnya di Trappes – sebuah kota kecil di pinggir barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang yang tiada agama. Pada ketika itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim dan di situlah dia mula tertarik dengan Islam.
Ketika ditanya dalam satu wawancara kenapa dia memilih Islam, Anelka menjelaskan, ” Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya dan saya berasa tenang selepas menganut agama itu.”
Anelka mengakui, sejak menjadi seorang Muslim, ia banyak membawa perubahan positif kepada dirinya sama ada sebagai seorang hamba ALLAH mahupun seorang pemain bola sepak profesional.
”Islam membimbing saya untuk bersikap arif dan ini banyak membantu saya supaya sentiasa bersikap tenang dan bersemangat tinggi ketika turun ke padang. Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada ketika di dalam atau luar padang.
Ketenangan
”Saya menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan, oleh itu saya perlu mencari ketenangan dan akhirnya saya menemui Islam,” katanya.
Dari sudut kehidupan peribadinya, Anelka bernikah dengan seorang warga Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Morocco.
Walaupun berbeza agama, namun ia tidak menggugat pendirian Anelka terhadap Islam, malah untuk perancangan masa depan Anelka bercadang untuk bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), apabila bersara kelak.
Apa yang menarik biarpun terpaksa mengharungi perlawanan ketika bulan Ramadhan, namun Anelka tetap taat menunaikan ibadah puasa.
”Kami mempunyai ramai pemain beragama Islam dalam liga Inggeris dan kami tetap berpuasa kerana ibadah itu tidak menjejaskan kemampuan kami. Sebagai seorang Islam kami wajib menghormati Ramadhan,” kata Anelka.
Bagaimanapun Anelka mengakui beberapa kali ketika bulan Ramadhan, dia mengalami kecederaan sehingga tidak memungkinkan dia berpuasa.
Kini Anelka menjadi salah seorang pemain bola sepak yang dikagumi dan dalam masa yang sama berusaha menjadi Muslim yang baik.
Kehadiran Ramadhan kali ini disambut oleh Anelka dengan penuh kesyukuran dan yakin selagi dia berada dalam Islam, selagi itulah kehidupannya akan terus diberkati.
Sesungguhnya, Anelka bersyukur kerana pemindahannya ke Turki telah membolehkan dia menemui agama yang sebenar iaitu Islam. Kehidupannya yang sebelum ini terumbang-ambing tanpa agama, kini dipenuhi dengan seribu ketenangan.
 

sumber dari :
http://berita-harian-online.com/anelka-dan-agama-islam/

Thursday, January 13, 2011

HARI-HARI KELEPASAN AM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2011 (1432H-1433H)

Adalah di umumkan bahawa hari-hari yang tersebut di bawah menjadi Hari-hari Kelepasan Am di dalam Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2011


KELEPASAN
HARI
TARIKH
MASIHI
HIJRAH
1
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (*)
AHAD
16 Januari 2011
11 Safar 1432
2
Tahun Baru Cina
KHAMIS dan JUMAAT
3 Februari 2011 dan
4 Februari 2011
29 Safar 1432 dan
1 Rabiulawal 1432
3
Hari Keputeraan Nabi Muhammad [Maulidur Rasul S.A.W]
SELASA
15 Februari 2011
12 Rabiulawal 1432
4
Hari Pekerja
AHAD
1 Mei 2011
27 Jamadilawal 1432
5
Hari Wesak
SELASA
17 Mei 2011
13 Jamadilakhir 1432
6
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
SABTU
4 Jun 2011
2 Rejab 1432
7
Israk dan Mikraj (*)
RABU
29 Jun 2011
27 Rejab 1432
8
Awal Ramadan (*+)
ISNIN
1 Ogos 2011
1 Ramadhan1432
9
Hari Kebangsaan
RABU
31 Ogos 2011
2 Syawal 1432
10
Hari Raya Puasa (+)
SELASA
dan RABU
30 Ogos 2011 dan
31 Ogos 2011
1 Syawal 1432 dan
2 Syawal 1432
11
Hari Malaysia
JUMAAT
16 September 2011
18 Syawal 1432
12
Hari Deepavali
RABU
26 Oktober 2011
28 Zulkaedah 1432
13
Hari Raya Qurban (* +)
AHAD dan ISNIN
6 November 2011
dan
7 November 2011
10 Zulhijjah 1432
dan
11 Zulhijjah 1432
14
Awal Muharram (Maal Hijrah)
AHAD
27 November 2011
1 Muharam 1433
15
Hari Krismas
KHAMIS
25 Disember 2011
29 Muharram 1433
      * Hari Kelepasan Am Negeri                 # Tertakluk Kepada Perubahan

1. Apabila hari kelepasan itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari itu diganti dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

2. Jika hari kelepasan am jatuh pada hari Rehat Sabtu, ianya tidak diganti dengan hari berikutnya 

Sumber Diperoleh Dari Portal Kerajaan Negeri Kedah

Rancanglahlah Cuti Sebaik Mungkin

Tuesday, January 11, 2011

Suara Kebangkitan Mahasiswa

tarikh 11.1.11 masa 11.11 pg
Pada hari nie, pada tarikh yang cukup cantik, 11/1/11.. Pihak Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berjaya mengadakan satu perhimpunan aman atau yang org duk panggil dialog bersama pentadbiran.

Dari segi pengalaman aku,cara perhimpunan dialog kali ini lebih berkesan kerana berjaya menarik minat pelajar untuk bersama-sama berdialog dan mendengar keluhan dari pihak pentadbiran, majlis dialog dengan pentadbiran ini banyak kali dah aku hadir tetapi penyertaannya hambar..yang paling aku kesal sekali tapi setiap soalan dijawab dengan janji sehinggalah ke hari ini janji hanya tinggal janji.. bak kata orang cerdik pandai cekelat angin saja.. x da perubahan pun.

Banyak isu jugak yang dibangkitkan semasa perhimpunan 11.1.11 pagi tadi dan banyak jugak janji yang di taburkan , sejujurnya aku mengucap tahniah kepada pentadbiran Insaniah kerana berjaya menjawab setiap persoalan yang terbuku di dada  dengan janji-janji manis serta pujuk rayu.
                  
                     
Antara isu yang dibangkitkan seperti isu bas, isu tandas, isu asrama dan lain-lain, isu ni telah lapuk sebenarnya. Mana mungkin pelajar sekitar 6 ribu ke 7 ribu dapat menggunakan tandas, bas serta asrama yang cukup. Mungkin isu ini akan berlarutan sehingga siap sepenuhnya kampus tetap yang sedang giat dibina di Kuala Ketil. Apa yang aku harap disini ialah pihak pentadbiran KUIN buatlah yang termampu dan yang terbaik untuk semua pelajar kerana pelajar adalah nadi utama dalam sesebuah Universiti.

Sekali lagi aku ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya mengadakan satu majlis yang sangat baik untuk meleraikan isu-isu yang bermain dalam kotak pemikiran setiap pelajar KUIN. Marilah sama-sama kita doakan agar pihak pentadbiran KUIN akan lebih mantap dan terus maju kehadapan untuk melahirkan insan-insan pewaris pemimpin akan dating, Insyallah……

Penaku
BunkCop

Monday, January 10, 2011

Pertembungan majlis..

Anda kenal siapa berbaju putih berserban tu..


Kenal x gambar yang aku letak dalam blog aku tu.. kat bawah ni ada sikit tentang dia

Bob Lokman
Nama Penuh : Mohd Hakim bin Lokman
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Komposer, Pengacara, Penulis
Kemahiran : Berlakon, Mengacara
Bob Lukman bergambar bersama YB mahfuz
                                    

Yang aku nak cerita kat sini ialah, ketika rakyat Malaysia tengah tawajjuh atau qhusyuk sedang menonton anugerah juara lagu 25 seperti iklan dibawah.  Diwaktu yang sama, dimalam yang sama, 
cuma di tempat dan acara yang berbeza.

                                       

Beliau Bob lukman berada di Stadium Melawati bersama pimpinan-pimpinan pas untuk mengerjakan solat hajat untuk menyelamatkan Selangor. Alhamdulliah dari pandangan BunkCop muka Bob x ubah macam tok towan dia dulu. Lilitan serbannya nampak wajah nur dari muka bob lukman. 

Gambar lakar Tok Kenali
                                    

Bunkcop juga dapat berita bahawa bob lukman telah menarik diri dari menjadi juri program reality tv iaitu raja lawak, dan banyak menghadiri ke kuliah-kuliah agama. Marilah kita doakan agar bob lukman kuat untuk terus menerima hidayah dan beramal dengan agama Allah. 

penaku
BunkCop

Majlis Sah Khatam Kuliyyah al-Quran



Hari nie aku nak kongsi tentang gambar nie, gambar nie adalah salah satu kenangan aku masa di kuliah tahfiz di KUIN.. Bukan nak bangga tapi sebagai pencetus semangat diri ini di kala hati gelisah atau hampir putus asa dalam setiap perbuatan aku selama ini. Jika ingin tengok video pun ada klik pada link nie http://www.youtube.com/watch?v=C0wcGiStriE&feature=mfu_in_order&list=UL

                               
Insyallah akan aku abadikan kenangan ni untuk selamanya, dan cuba untuk mencuba mencipta beberapa kejayaan dalam hidup agar diri ini yakin bahawa kejayaan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

                               
Majlis Sah Khatam adalah majlis meraikan para graduan KUIN yang berjaya khatam al-Quran sepanjang pengajian di Kuliyyah al-Quran.Insyallah marilah kita doakan majlis sebaik ini akan diadakan setiap tahun dengan jayanya untuk meraikan bakal-bakal pewaris ulama akan datang insyallah..

penaku..
BunkCop

Sunday, January 9, 2011

Perginya Seorang Ulama` Yang Aku Segani

Rahimahullah Ustaz Dr.Sa'id Abdullah Hassan Okal

Al fatihah untuk Dr Said

pensyarah Kulliyyah Usuluddin yang disayangi telah kembali ke rahmatullah dalam pukul 11++malam tadi, 7 Jan 2011. di Hospital Sultanah Bahiyah.

Arwahyarham sangat tegas semasa sesi pengkuliahan, dan selalu tepat waktu untuk tiba ke kelas, semasa aku disemester 1 tahun pertama Arwahyarham mengajar madah(subjek) tauhid, semasa semester 3 Arwahyarham mengajar madah muqaranah Al adyan ( perbandingan agama) semasa semerter  4 sepatutnya Arwahyarham mengajar madah akidah, tetapi pada minggu pertama sesi pengajian kelas beliau batal kerana Arwahyarham sakit.

Sebelum Arwahyarham menghembus nafas yang terakhir, beliau ada berpesan kepada semua anak didiknya dengan dua pesanan :               
1:- Dia mengharapkan agar kita semua menjadi manusia yang beramal segala apa yang dipelajari darinya...

2:- Dia mengharapkan agar "dapat berjumpa dengan kita di sana "...

Setelah selamat dikafankan di Hospital Sultanah Bahiyah , Dan disembahyangkan buat kali pertama di bilik forensic, jenazah beliau dibawa ke surau KUIN untuk Disembahyangkan, selepas itu jenazah beliau dihantar pulang ke Mesir ditemani oleh Dr.Rusydi..pesanan dari Dr.Faiq,mana-mana pelajar yang x sempat solat jenazah,minta buat solat ghaib untuk jenazah...,semoga Rahimahullah Ustaz Dr.Sa'id Abdullah Hassan Okal dirahmati Allah dalam perjalanan pulang kepadaNya...Ameen...

                                    


Friday, January 7, 2011

Pelancaran Blog BunkCop 2011

Alhamdulillah, dapat jugak melancarkan blog peribadi bunkcop, insyallah bermula tahun 2011 ini blog ini akan menjadi sebuah diari berguna buat bunkcop, walaupun nampak agak simple dan umum tapi menjadi titik tolak untuk kita menghitung hari hari berlalu, agar sentiasa dapat melakukan yang terbaik dimasa akan datang.

Dalam hidup ini banyak perkara yang perlu kita ketahui, yang paling utama tentang diri sendiri barulah keluarga dan masyarakat, kebanyakan blog diwujudkan untuk kegunaan org lain seperti blog politik, sukan, dan ada juga buat untuk perniagaan, bagi diri ini blog ini diwujudkan untuk kegunaan sendiri, untuk meluahkan perasaan diri ini, bagi yang beranggapan bahawa blog ini tidak memberi faedah pada dirinya, saya memohon maaf kerana blog ini hanya untuk diri empunya sahaja kerana mungkin selepas ini akan ada entri yang menyentuh pelbagai isu samada isu politik, isu setempat ataupun isu luar negara.

Kepada yang telah membaca entri ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk menjenguk blog bunkcop ini, maaf kerana tidak seberapa berbanding blog2 yang lain.
doakan agar diteruskan dengan entri2 yang menarik selepas ini... Insyallah

yang ikhlas
BunkCop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors