Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Al-Marhum Tuan Guru Hj
Musa Tumpat, seorang ulama' sufi yang baru saja meninggal pada 26
Januari 2013, jam 3 pagi.
Aku baru saja mengenalinya tidak lama sebelum pemergiannya. Walaupun
hanya melihat dan mendengar kata-kata beliau hanya sekali dan tiada lagi peluang seterusnya, ia sangat
menyentuh jiwa terus ke dalam.
Raut wajahnya yang menyenangkan serta tutur katanya yang tidak kering
dengan menyebut nama Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Allah.. Aku sangat berharap dapat bertemu lagi dengannya suatu hari nanti.
Aku mula sedar betapa pentingnya memuliakan para ulama', menghormati
mereka dan mendekatkan diri kepada para ulama', kerana mereka adalah
pewaris nabi yang meneruskan usaha menyampaikan risalah agama kepada
masyarakat, sumber rujukan kepada sebarang permasalahan dan juga tempat
bertanya yang sangat dituntut.
Tidak keterlaluan jika aku merasa sedikit sedih atas Tok Ayah Musa
Tumpat. Aku baru saja mengenalinya dengan ilmu dan pesanan yang baru ku
perolehi darinya dari video ini dan dikesempatan ini aku ingin berkongsi pada semua sahabat sekalian.
Bukan sekali aku menonton video itu.
Pertama kalinya aku turut sebak melihatnya yang dalam kondisi tidak
begitu sihat, namun digagahi juga untuk menyampaikan ilmu. Dalam sebak
itu, rasa untuk mendekati ulama' seperti ini semakin tinggi.
"ada peluang atau tidak aku berjumpa lagi dengan Tok Ayah Musa ni ya..??"
Sabtu petang, ketika aku buka facebook, aku terlihat gambar ini.
Allah.. siapa pula yang meninggal ni?
Aku buka gambar itu.
Kapsyen yang tertulis menyebut nama Tuan Guru Haji Musa Tumpat.
Biar betul ?
Aku scroll lagi ke bawah.
Allah... sudah banyak page yang mengongsikan gambar ini dan video tadi.
Aku menangis saat itu juga, kerana tidak berpeluang lagi untuk aku bertemu dengan Tok Ayah Musa.
Dalam esak tangis itu, aku gagahi untuk menyedekahkan Al-Fatihah, doa dan bacaan yassin untuknya.
Mari sama-sama kita baca entri dalam pengalaman BunkCop yang sudah menziarahi Tok Ayah Musa.
Dengan pemergian Tok Ayah Musa, aku lebih menghargai dan bertambah rasa
untuk mendampingi dan mengenali para ulama' yang lain. Jika berpeluang,
hadirilah majlis-majlis yang ada padanya orang yang mengajarkan ilmu,
lebih-lebih lagi yang disampaikan oleh ulama'.
Sesungguhnya, sangat tinggi peranan ulama' pada zaman ini dalam
membentuk ummat yang dinaungi oleh umara'. Umara' yang mentadbir dengan
baik adalah umara' yang dekat dengan ulama' dan seterusnya menjadikan
umat di bawah pimpinannya hidup berlandaskan syariat dan mendirikan
sebuah baldatun toyyiban, insyaAllah ~
Al-Fatihah ~
0 comments:
Post a Comment