Saturday, October 27, 2012

Kisah Nabi Ibrahim Dan Anaknya




Kisah nabi Ibrahim a.s bapa kepada nabi ismail a.s. Kisah ini adalah kisah bagaimana ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s kepada perintah dan suruhan Allah ta'ala. Bagaimana pada suatu hari nabi Ibrahim a
.s telah diperintahkan oleh Allah ta'ala untuk membawa isteri keduanya, Hajar beserta anaknya yang baru dilahirkan, Ismail a.s untuk ditinggalkan di suatu tanah gersang kering kontang yang dinamakan Makkah.


Sebaik saja menerima perintah Allah tersebut, nabi Ibrahim a.s tanpa banyak soal terus membawa isteri dan anaknya itu dalam suatu perjalanan yang amat jauh (bayangkan perjalanan darat dengan tunggangan unta dari Palestin ke Makkah, berapa jauh tu) dan tanpa memberitahu ke mana destinasi yang dituju mereka dan apakah tujuan kemusafiran itu kepada anak isterinya.


Setibanya sahaja di Makkah yang ketika itu adalah satu tempat yang gersang, kering kontang, tiada hidupan, tiada air, tiada tumbuhan, tiada orang lalu-lalang sekalipun, bak kata orang, tempat jin bertendanglah, maka diarahkanlah isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s turun dari tunggangan unta tersebut. Tanpa bercakap sepatah apa pun, hatta untuk mengucap selamat tinggal sekali pun, nabi Ibrahim a.s berlalu meninggalkan anak isterinya di situ. Maka tercengang-cenganglah isterinya dan teruslah Hajar merayu kepada nabi Ibrahim a.s agar tidak meninggalkannya di situ. Hajar juga terus bertanya kepada suaminya mengapa dan mengapa ditinggalkan mereka di situ. Akan tetapi nabi Ibrahim a.s tidak sedikitpun berpaling dari perjalanan baliknya dan tidak sedikitpun menjawab rayuan Hajar itu.


Sehingga akhirnya apabila Hajar bertanya adakah itu semua adalah suruhan dan perintah Allah? Maka barulah nabi Ibrahim a.s berhenti sebentar (tanpa berpusing melihat isteri dan anaknya) dan menjawab: "Ya, ini adalah perintah Allah", lantas disambung perjalanannya kembali dan mendengar jawapan itu, maka redhalah Hajar dengan apa yang dihadapinya itu (hebat sungguh seorang isteri kepada seorang nabi yang juga tinggi ketaqwaannya). Selepas beberapa jauh perjalanan, barulah nabi Ibrahim melihat ke belakang, akan tetapi kelibat isteri dan anaknya sudah tidak kelihatan. Lantas baginda berdoa dan bertawakkal memohon Allah memelihara isteri dan anak yang ditinggalkannya itu. Itulah nabi Ibrahim a.s yang tidak mahu melayan rayuan isterinya yang tercinta kerana baginda sedar sebagai manusia, baginda juga boleh cair dengan pujuk rayu isterinya walaupun ketika melaksanakan perintah Allah ta'ala.


Itulah kisah bagaimana hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan melaksanakan perintah Allah ta'ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga mendapat gelaran "Khalilullah" yang bermakna "yang dekat dengan Allah". Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa, menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan wanita? Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Idul Adha ini.


Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah. Benar firman Allah ta'ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: "Dan bukanlah daging mahupun darah (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu kepada Allah"

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDIL ADHA

selamat hari raya aidil aidil adha

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog bunkcop , dikesempatan ini juga bunkcop ingin memohon seribu kemaafan jika ada tersalah kata, terkata yang x menyenangkan atau ada yang terasa hati dengan sikap dan tingkah laku bunkcop sejak perkenalan kita semua..
kat bawah ni bunkcop ada sediakan kata-kata untuk sapa-sapa yang nak sampaikan salam aidul adha kepada kawan-kawan dia menggunakan SMS.. boleh kopi n tea ayat tu kat sms n send.. kalau rajin send la kat bunkcop.... maaf kalau ayat x power... hi hi...

ucapan SMS Ucapan Idul Adha 2012

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Hampir semua wajah umatMU berseri-seri..
Sebagiannya karana menikmati daging yang tak pernah mereka nikmati kecuali dihari Raya-MU.
Sebagiannya umatMU yang lain tersenyum karana menikmati indahnya menyambut hari raya.


>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Qurban adalah semangat kebahagiaan.
Damai di hati. Damai di bumi.
Selamat Idul Qurban..

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Daging (qurban) dan darahnya itu sekali – kali tidak akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA adalah ketakwaan kamu. (QS. Al-Hajj ayat 37). Selamat hari Idul Adha.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Kami sekeluarga mohon maaf zahir dan batin. Selamat menyambut idul Adha. Semoga perjalanan hidup kita semua semakin mudah dengan rezeki yang cukup dan barakah. Salam untuk keluarga daku yang jauh diperantauan.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Gema takbir berkumandang memecahkan suasana sepi yang menusuk sukma dan menenangkan jiwa. Semoga suasana itu jadi kebahagian di hari raya Qurban ini bagi kita semua. Amin.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Kami sedar ya Allah..
Kau tak perlukan daging-daging itu..
Dan, sesungguhnya bukan daging itu yang akan membawa pemberinya ke Syurga-MU
Kau hanya ciptakan semua ibadah itu sebagai sebuah jembatan
Hanya niat tulus ikhlas yang dpat memberi erti kepada orang-orang yang berjaya melintasi jembatanMU itu.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Hidup adalah sebuah pencarian. Labuhkan pencarian hidupmu hanya pada Yang Maha Kekal mski penuh pengorbanan. Layaknya pencarian dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang hanif. Selamat hari raya Idul Adha.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Ketulusan hati sering terlukai dengan keegoan. Keikhlasan penghambaan sering terguris dengan keangkuhan. Nabi Ibrahim AS selalu menjadi inspirasi tak bertepi untuk perbaiki diri. Salam Idul Adha.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Selamat hari Raya Idul Adha. Semoga ALLAH melimpahkan cinta Nabi Ibrahim AS kepada ALLAH kedalam diri kita sampai akhir hayat kita.

>>> Sms Ucapan Idul Adha 2012 <<<
Selamat merayakan Idul Adha bersama keluarga tercinta. Mohon maaf atas segala khilaf. Rayakan kemenangan dengan kesyukuran. Taqobalallahu minna wa minkum.

>>> Sms Ucapan Idul Adha Bahasa inggris 2012 <<<

On This Holy Occasion of Eid-al-adha,
May The Blessings of God Lighten up ur Way,
And Lead You to Happiness, Success & Peace,
Have a Very Happy Eid-ul-Adha

>>> Sms Ucapan Idul Adha Bahasa inggris 2012 <<<
Eid ul Adha is eid of sacrifice
And commitment to Allahs orders
May Allah bless us with the same in all circles of life
And help all amongst us
Who are helpless,worried

Demikianlah beberapa kumpulan SMS Ucapan Idul Adha 2012 yang dapat bunkcop sampaikan kepada teman-teman semuanya. Semoga maklumat ini bermanfaat, dan bunkcop mengucapkan selamat Idul Adha kepada teman-teman semua yang merayakannya. 
akhir kata.. bunkcop mengucapkan selamat berkorban semua....

Monday, October 15, 2012

PENGAMBILAN PELAJAR BARU


Tuesday, October 9, 2012

GULA NAIK DUA KUPANG

Sekarang semua sibuk bercerita tentang Belanjawan 2013. Yang naik hari ini ialah harga gula....huhuhu.
Rokok BUNKCOP baca tak naik lak....hahahahha

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram . Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.       

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.

Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

Intipati belanjawan 2013 : klik sini

INTIPATI BAJET 2013

Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
Diambil dari Malaysia Digest

Isi Penting:
Bonus 1 Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan
Harga Gula Subsidi RM.20 dipotong--esok akan diulas..
123,000 unit rumah harga berpatutan  akan dibina
Pesara kerajaan dapat bonus RM500
Diskaun Untuk Bayaran Balik PTPTN
125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan berkuatkuasa 1 Jan 2012
Tingkatan Enam ke atas akan mendapat Bantuan RM250--naik RM50
Pelajar Darjah Satu hingga Tingkatan Lima - Bantuan RM100
Caj Pasport Dikurangkan Dari RM300 ke RM150
 Pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 berkuatkuasa 1 Jan 2012
1.4 juta anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso
 RM1,000 secara `one-off' kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 perkhidmatan serta tidak berpencen
RM50 juta diperuntukkan untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India
Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000
Kelayakan jadi askar dinaikkan
Projek taska OKU dilaksanakan

Monday, October 8, 2012

SELAMAT MENDUDUKI EXAM PMR

Di kesempatan ini BUNKCOP ingin mengucapkan semoga berjaya kepada adik - adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012. BUNKCOP mendoakan adik-adik diberi kekuatan dan kepuasan setelah berhempas pulas untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba dan percayalah, BUNKCOP sentiasa mendoakan agar adik-adik semua berjaya. Semoga apa yang adik-adik janjikan kepada ibu dan ayah akan dapat direalisasikan dengan kejayaan yang bakal tiba.

Ingatlah setiap usaha yang dilakukan akan dibalas setimpalnya oleh Allah S.W.T. Jika kita berusaha lebih, insyaAllah lebihlah apa yang akan kita perolehi dan begitulah sebaliknya.

Kepada adik-adik yang bakal menghadapi SPM 2012, pastikan anda menggunakan masa dan peluang yang masih ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan, malah ianya pasti amat berguna sepanjang hayat kelak.

Doa BUNKCOP agar kita berjumpa di puncak kejayaan. 
 
STUDY SMART NOT STUDY HARD!

Thursday, October 4, 2012

KENALI ULAMA` : TOK KENALI

BUNKCOP di makam tuk kenali
Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian. Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).

Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.

 
Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma' wal Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors