|
selamat beramal |
Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Taala, Selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad SWT ke atas peluang dan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah untuk kita kecapi tahun baru 1434 Hijrah. Salam Muharam
dan Salam Maal Hijrah 1434H saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan
muslimat.
Di awal tahun baru hijrah ini marilah kita
sama-sama kita bermuhasabah dengan terus perbanyakkan sujud menghambakan diri
pada Illahi kepada kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup
udara dan mengecapi nikmat Iman dan Islam.
Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari
dari melakukan kesilapan dan dosa, jadi terus kita merintih dan terus kita
bermuhasabah mengenangkan dosa lalu, untuk dijadikan sebagai satu pengajaran
dan sempadan bahawa lemahnya jiwa kita bila berdepan dengan nikmat dan godaan
dunia, dari terus lalainya diri dari mengingati Maha pencipta.
Tanpa mujahadah dari
kita pasti kita akan cenderung untuk mengulangi kesilapan tahun lalu berulang
kali pada tahun ini. Sedarlah betapa ancaman Allah adalah neraka yang azabnya
amat menghinakan.
Astaghfirullahal ‘adzim…. Rupanya banyak lagi
kekurangan diri, yang perlu diperbaiki, Ya Allah ampuni hambaMu ini.
Hijrah adalah satu tuntutan tuhan kepada para
hambanya. Keimanan kepada Allah telah menjadikan semua perintah Allah tetap
dijunjung dan disempurnakan walaupun ianya sulit dan sukar.
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam tahun
kalendar Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib
(Madinah), kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi
kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan
syiar Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW telah membuktikan melalui
penghijrahan agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran
baginda menuju ke Kota Madinah semata – mata kerana memenuhi tuntutan
menegakkan sebuah negara setelah baginda telah dibuang dan ditolak di negera
sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam. Biar pun hijrah bersama baginda
Rasulullah SAW telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks
meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhoan tuhan tetap berkekalan
sehinggalah hari kiamat.
Pada umumya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’
atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau
pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan
Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan
tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d ayat ke-11 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru
adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah!
Salam tahun Baru Hijri
Dari
Pena : BunkCop