Sunday, August 16, 2015

Kegunaan Butang Windows Pada Keyboard PC

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah tengok logo windows yang ada pada keyboard anda..






Hari ni BunkCop nak share shortcut berkaitan butang ni.. :


FUNGSI TOMBOL WINDOWS
1. Kalau kamu mau meninggalkan mejamu sebentar, kamu bisa menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khawatir ada yang menyalahgunakan komputermu.

2. Ketika mau cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!

4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar kamu akan terganti menjadi 3D

5. Alat perekam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan ketik psr.exe, setelah itu kamu bisa langsung memulai rekaman.

6. Windows +R dan masukan osk, layar kamu akan muncul keyboard virtual!

7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu bisa memperbesar atau memperkecil gambar di layar!

8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu bisa menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu bisa langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start

10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.

Dunia mangkin canggih.. rugi x try.. 
Selamat mencuba...  

Thursday, August 13, 2015

Apa Kata Tuan Guru Haji Hadi Awang : Prof DR. Wahbah AzZuhaili

Al-Marhum Dr Wahbah Az-Zuhaili yang saya kenali
Cetak   E-Mel Butiran Diterbitkan: 13 Ogos 2015 Ditulis oleh ABDUL HADI AWANG

Pada petang hari sabtu 23 Syawal 1436 bersamaan 8 Ogos 2015 yang lalu. Umat Islam seluruhnya kehilangan Tokoh Ulama Besar, laksana kehilangan satu bintang yang menunjuk arah perjalanan yang jauh di alam dunia sehingga akhirat, kerana ilmunya, amalan dan perjuangannya melalui tulisan dan lisan . Dr Wahbah Az-Zuhaili Rahimahullah berusia 83 tahun, Allamah bumi Syam atau Syria, kalangan mereka yang benar-benar mewarisi pusaka Anbiya AS.
Saya mula mengenali Almarhum melalui kitabnya yang terawal berkenaan Usul Fiqh dan diikuti penulisan yang berikutnya, menunjukkan keilmuan beliau yang tinggi, khusus dalam bidang Syariat, sehingga seringkali menjadi rujukan para ulama seluruh dunia. Ketokohannya sehingga dilantik menjadi ahli Persatuan Ulama Sedunia, menyertai Majmak Taqrim dikalangan mazhab, Ahli Majlis Fiqh dibawah OIC dan dijemput menjadi Penal Syariah dibanyak Negara umat Islam, termasuk Malaysia.
Alhamdulillah, saya berkesempatan menemuinya secara dekat berkenalan dalam banyak persidangan antarabangsa diluar negara, membincangkan isu umat Islam dan perpaduannya, mendengar ucapan dan berbincang secara lisan dalam bengkel persidangan dan pertemuan peribadi. Seterusnya saya menjadi tetamu Almarhum apabila melawat Universiti Dimasyk Syria di tahun 2013.
Beliau adalah salah seorang ulama yang mendukung perjuangan Islam secara ilmu, bukan sahaja tulisannya sahaja, bahkan para pelajar Malaysia yang menuntut di-bumi Syria melaporkan keberanian beliau menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di masjid secara berterus terang menyatakan yang benar, tanpa takut kepada manusia. Namun Almarhum sependapat dengan saya supaya masalah umat Islam dalam tanah air sendiri dan kalangan kaum bangsa sendiri berbeza dengan menghadapi musuh yang datang menceroboh, mewajibkan Muwajahah Silmiyyah (secara damai ) tidak melampau.
Sehingga apa yang berlaku dalam dunia Islam sendiri, khususnya di Syria terkini adalah fitnah dalaman yang dicampuri syaitan dalaman umat dan diluar mereka. Almarhum mengambil sikap yang berani bersama rakyat dalam penderitaan tanpa keluar negara sehingga akhir hayat.
Adapun sokonganya kepada PAS cukup bermakna, apabila Almarhum menyebut nama Almarhum Dr Abdullah Ibrahim Bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS adalah rakan sepengajian beliau, dan apabila menemui saya terus menyebut : "Salam sejahtera wahai Mujahid !". Ucapan beliau yang sentiasa berdengung ditelinga saya dan masuk kedalam kalbu. Bukan hanya untuk saya, bahkan untuk mengiktiraf perjuangan PAS bagi menegakkan Islam dengan cara yang Istiqamah.
Marilah berdoa untuk Almarhum dan bersembahayang ghaib, dengan doa supaya menempatkannya bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Mudah-mudahan kita bersama beliau di alam akhirat di kalangan mereka yang berbahagia di sisi Allah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
28 Syawal 1436 H / 13 Ogos 2015 M
Dihantar oleh: WanAsrul

Tuesday, August 11, 2015

Perginya Permata Ummah Sedunia

إنا لله وإنا إليه راجعون.

Tanggal 9/8/15 Dunia Islam Dikejutkan dengan perginya Ulama` hebat iaitu 
Sheikh Doktor Wahbah Mustafa Az-Zuhaili Rohimahullah Ta'ala
Beliau banyak menulis karya-karya agung.

 Antara karya-karya beliau ialah:
1:Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin.
2:al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
3:Usul al-Fiqh al-Islami .
4:al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar.
5:al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki.
6:Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.
7:al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.
8:al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen.
8:al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.
9:Haqq al-Huriyah fi al-'Alam.
10:Asl Muqaranit al-Adyan.
11:Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.
12:Tafsir al-Munir.
dan banyal lagi.


Ya Allah sesungguhnya hati kami ini juga rindu akan auliya`Mu.. Danpingkanlah kami bersama-sama mereka..mereka yang berjasa dalam memelihara agamaMu.. Memahamkan ummah yang dalam kegelapan dan Ya Allah bangkit kami bersama-sama auliya`-auliya`Mu Para-para syuda` Para-para anbiya` Mu.. Dan ketemukan kami dengan kekasihMu.. Ya Rasulallah Kami Merindukanmu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors