Wednesday, December 19, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia

Tengku Zahab Tengku Abdullah menyiram air mawar setelah suaminya selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
Pada tarikh 11.12.12 Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam .
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

inilah wajah beliau ketika menyampaikan titah tarikh puasa atau raya
Walaupun setahun beberapa kali sahaja wajah beliau muncul di kaca tv.. tapi beliau tetap menjadi tumpuan seluruh umat islam di malaysia... kita doakan agar roh beliau sentiasa dirahmati Ilahi dan ditempatkan bersama orang-orang soleh... oleh itu mari sama-sama kita sedekahkan alfatihah kepada arwah...

Alfatihah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors