Thursday, February 17, 2011

HIMPUNAN 30K....

Jom sertai satu himpunan pemuda yang julung2 kali diadakan di Kedah, himpunan ni beri nama Himpunan 30K(H30K) . Dijangka 30,000 pemuda akan berhimpun di Kompleks Pas Batu 9, banyak agenda jugak sepanjang himpunan ni berlangsung salah satunya perlawanan bola sepak antara bekas pemain kebangsan vs wakil pemain pilihan dari pemuda PAS.

Disini BunkCop sertakan link H30K untuk info-info lain , BunkCop difahamkan baju rasmi himpunan juga ada untuk dimiliki, boleh layari blog : http://h30k.blogspot.com/

Jom kita menjadi salah seorang peserta dari 30,000 himpunan ini...
Kita doakan agar himpunan ini berjalan dengan lancar, Insyallah

penaku
BunkCop

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Dikesempatan yang ada ni, BunkCop juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasl kepada semua,pada hari ini 12 rabiul awwal bersaman 15 febuari sempena memeringati hari kelahiran junjungan mulia Rasulallah Nabi Muhammad.

Marilah sama-sama kita memperbanyakan selawat keatas Baginda, selain itu marilah kita memperingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan agama Allah sehingga hari ini kita menjadi mulia kerana pengorbanan Baginda, walau diancam bunuh kerana menegakan suruhan Allah, walau dihina kerana kebenaran Rasulallah tetap memperjuangkan demi yang Haq tertegak.

1400 tahun sudah, Rasulallah meninggalkan kita namun Islam terus berkembang keserata alam, dakwah terus berjalan demi Islam tercinta. Mari kita merenung sejauh mana telah kita korbankan diri kita untuk agama Allah, pernahkah kita dicaci, pernahkah kita dibaling dengan batu.. sekurang-kurangnnya pernahkah kita memikirkan agama Islam itu terus tertegak dengan diri kita.

Demi mengingati umat Baginda, Rasulallah menangis, namun pernahkah kita menangis kerana memperingati Rasul junjungan kita? Ayuh umat Muhammad, marilah kita bersatu menegakkan syiar islam, marilah kita lupakan seketika tentang pembangunan dunia, dan mengingati perkara yang lebih penting iaitu pembangunan AKHIRAT, wahai pemimpinku yang kuhormati, sampai bila malaysia akan berubah untuk menjadi negara Islam.

Disini BunkCop ingin mendifinasikan sendiri tentang negara Islam bagi diri BunkCop, negara yang diterajui oleh orang yang pandai agama, pemimpin yang adil juga dekat dengan Allah (taqarrub ilallah)
Pemimpin yang tidak hanya memikirkan tentang Duniawi semata-mata, rakyat yang diajar untuk mendekatkan diri dengan Allah, rakyat dapat mengamalkan sunnah dan ajaran islam dengan baik. Kurangnya maksiat dikalangan rakyat terutama rakyat beragama Islam.
Wahai pemimpin negaraku adakah ciri-ciri ini dihati kamu? 50 tahun sudah berlalu tidakkah kamu berfikir bahawa rakyat akan lebih berwawasan sekiranya ciri-ciri ini ada pada semua pihak? Ayuh rakyat, mari kita membuat satu perubahan agar negara diterajui oleh pemimpin yang lebih agamanya  bukan pengaruh dan pengalamannya... 

penaku
BunkCop

Sunday, February 13, 2011

12 haribulan 2.. Sejarah Islam Tercatat Kembali

Hassan al-Bana, nama yang tak asing lagi dalam dunia pejuangan islam, seorang yang membuka lambaran baru dalam sejarah islam, Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

HARI INI 12 HARIBULAN 2  2011.. TERCATAT SEBUAH LAGI SEJARAH

Seorang pemimpin yang sangat kejam mengaut keuntungan negara untuk kegunaan peribadi, dia ialah
President mesir Hosni Mubarak, telah meletakkan jawatan sebagai PM Mesir diatas desakan rakyat, semenjak 25/1/2011.Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.

“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.
Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.

Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

Kita doakan agar mesir diteraui oleh pemimpin yang soleh, agar rakyat mesir dan palestin terutamanya tebela...

penaku
BunkCop

Sunday, February 6, 2011

1500


1500 sudah bilangan pengunjung blogku, terima kasih semua.. dia membuatkan BunkCop terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan blog ni dengan entri-entri menarik, bagi BunkCop dengan badanya blog ni, BunkCop tidak banyak membuang masa untuk kerja-kerja yang x berfaedah, selain tu bagi Bunkcop menganggap blog ni sebagai diari BunkCop, dan blog ni sebagai luahan perasaan dari hati untuk berkongsi dengan semua. 

 Hari ni hari ahad, hari nie kawasan yang bercuti pada hari jumaat dapat cuti ganti dari perayaan tahun baru cina baru-baru ni. Sebelum terlambat BunkCop mengambil kesempatan ini untuk mungucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat sahabat yang berbangsa cina... erm x lupa pada cina yang tolong bayar motor aku dulu.. erm cina tu tolong bayar RM500.00 sebab dia dah langgar motor lagenda aku dulu.. nak tengok moto x???
Sedih gak waktu ni.. tapi sekarang dah ok.. dah 3 tahun BunkCop guna.. memang banyak jasa dan kenangan dengan moto ni.. hari ni selain BunkCop  duk depan laptop, BunkCop duk study untuk midterm hari selasa ni.. letih sangat tau nak hafal .. ok tolong doa kat BunkCop boleh buat yang terbaik midterm hari selasa ni ok...  babai......

penaku..

BunkCop

Saturday, February 5, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Alhamdulillah pada 3 dan 4 hari bulan 2 baru-baru ni.. BunkCop telah dijemput untuk menghadiri ke majlis kenduri kahwin. Pada 3 hari bulan 2 , Madam Busyra Hayati dengan pasangan pilihannya telah mengadakan majlis walimatul urus mereka di dewan Menara Zakat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang, BunkCop juga turut serta menghadiri ke majlis tersebut,madam Busyra ni adalah salah seorang lecturer BunkCop masa diploma Tahfiz dulu, baik, kuat agama, tegas orangnya... Kepada madam Busyra, BunkCop doakan agar berbahagia bersama suami tersayang hingga ke anak cucu.
  Satu lagi majlis walimatul urus yang BunkCop hadiri pada 4/2/2011 di pekan Langgar Kedah, Beliau Wan Nazri dan pasangan pilihannya Nor Suhana. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Wan Nazri berjaya mengakad nikah di masjid al-Huda. Nazri adalah salah seorang pelajar sekuliah semasa diploma dulu, dan beliau adalah salah seorang housemate aku masa di Kg Mempelam , dia ni seorang yang jaga kebersihan semasa kami tinggal di rumah sewa, tak lupa juga, setiap kali BunkCop nak bayar duit sewa, BunkCop akan membayar kepadanya... terima kasih aku ucapkan kepada Nazri.. Selamat pengantin baru aku ucapkan... jaga elok-elok suhana tu... jangan bagi acap kacau...kat bawah ni BunkCop post gambaq semasa dia di masjid .
Seperti durian dibelah dua, sama padan..
Tahniah Nazri dan Suhana..
BunkCop doakan agar kedua-dua mempelai berbahagia keanak cucu, dan jaga hati masing-masing... persoalannya BunkCop bila????

penaku
BunkCop

Thursday, February 3, 2011

Sudahkah Anda Daftar Sebagai Pengundi

Salam entri kali nie, BunkCop nak ajak kawan-kawan yang dah cukup umur 21 keatas.. Untuk daftar sebagai pengundi, bukan pa... salah satu cara kita untuk memilih siapa akan jadi pimpinan kita, BunkCop tau ada yang tak setuju terus dengan cara ni, bagi pihak tu kata dengan cara ni boley pecah belah umat, cara ni cara barat, bukan cara islam, BunkCop jugak ada tanya para alim ulama, tentang perkara ni, benar la cara ni cara barat, tapi dengan cara ini sahaja yang ada untuk kita pegang tampuk kerajaan dan membentuk negara islam, memerintah cara islam, sekiranya kita tak sertainya mungkin kita akan diperintah oleh orang yang jahil agama buat selamanya, jadi terpaksalah alim ulama kena turun mengikut cara ni.

Dan bagi pendapat BunkCop dengan cara ini kita ada hak untuk memilih siapa yang lebih layak untuk memimpin, dan kita kena bertanggungjawab keatas apa yang kita pilih, kerana jika kita salah memilih pemimpin kita akan disoalkan juga, diakhirat kelak atas apa yang kita pilih.
sekali lagi BunkCop ajak kawan-kawan, sahabat-sahabat sekalian jom kita mendaftar nama sebagai pemilih, kerana "YOUR VOTE IS YOUR VOICE"... penting sangat tau.. pilihlah yang terbaik , BunkCop pun dah daftar.. satgi ada plak suara yang kata cakap banyak dia sendiri x daftar.. sebagai bukti BunkCop buh senarai pemilih yang BunkCop punya kat blog ni...

Ada lagi satu yang paling penting ialah, pilihlah yang betul-betul layak, dan yang mampu memimpin, dalam erti kata lain pilihlah imam yang terbaik untuk kamu menjadi makmum, utamakan agama dari kesenangan yang lain , sekali lagi BunkCop berpesan, kalau pembangunan itu boleh memberi kebahagian akhirat undilah mereka, tapi kalau syariat islam yang membahagiakan kita di akhirat, itu yang wajib kita sokong...

penaku

BunkCop

Tuesday, February 1, 2011

Oh My Result..


seperti mana entri sebelum nie, BunkCop ada janji kata nak post result BunkCop kat dalan entri blog, hari nie BunkCop kotakan. sebenaqnya result BunkCop x la berapa elok sangat, boleh gagah la.. bak kata cerdik pandai kalau kita nak belajar bersyukur, tengoklah orang yang di atas kita, betoi ka.. x pa lah... kira aci lah..jom kita tengok tara mana result BunkCop.....
klik n zoom

kalau nak komen ka.. baloh la komen.. BunkCop nie bukan budak pandai pun.. boley gagah la.. ok kita jumpa lagi pada entri akan datang.. erm sebelum terlupa.. tolong doa bagi BunkCop dapat baiki result BunkCop akan datang dengan lebih baik tau....

peneku..
BunkCop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors