Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Dikesempatan yang ada ni, BunkCop juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasl kepada semua,pada hari ini 12 rabiul awwal bersaman 15 febuari sempena memeringati hari kelahiran junjungan mulia Rasulallah Nabi Muhammad.

Marilah sama-sama kita memperbanyakan selawat keatas Baginda, selain itu marilah kita memperingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan agama Allah sehingga hari ini kita menjadi mulia kerana pengorbanan Baginda, walau diancam bunuh kerana menegakan suruhan Allah, walau dihina kerana kebenaran Rasulallah tetap memperjuangkan demi yang Haq tertegak.

1400 tahun sudah, Rasulallah meninggalkan kita namun Islam terus berkembang keserata alam, dakwah terus berjalan demi Islam tercinta. Mari kita merenung sejauh mana telah kita korbankan diri kita untuk agama Allah, pernahkah kita dicaci, pernahkah kita dibaling dengan batu.. sekurang-kurangnnya pernahkah kita memikirkan agama Islam itu terus tertegak dengan diri kita.

Demi mengingati umat Baginda, Rasulallah menangis, namun pernahkah kita menangis kerana memperingati Rasul junjungan kita? Ayuh umat Muhammad, marilah kita bersatu menegakkan syiar islam, marilah kita lupakan seketika tentang pembangunan dunia, dan mengingati perkara yang lebih penting iaitu pembangunan AKHIRAT, wahai pemimpinku yang kuhormati, sampai bila malaysia akan berubah untuk menjadi negara Islam.

Disini BunkCop ingin mendifinasikan sendiri tentang negara Islam bagi diri BunkCop, negara yang diterajui oleh orang yang pandai agama, pemimpin yang adil juga dekat dengan Allah (taqarrub ilallah)
Pemimpin yang tidak hanya memikirkan tentang Duniawi semata-mata, rakyat yang diajar untuk mendekatkan diri dengan Allah, rakyat dapat mengamalkan sunnah dan ajaran islam dengan baik. Kurangnya maksiat dikalangan rakyat terutama rakyat beragama Islam.
Wahai pemimpin negaraku adakah ciri-ciri ini dihati kamu? 50 tahun sudah berlalu tidakkah kamu berfikir bahawa rakyat akan lebih berwawasan sekiranya ciri-ciri ini ada pada semua pihak? Ayuh rakyat, mari kita membuat satu perubahan agar negara diterajui oleh pemimpin yang lebih agamanya  bukan pengaruh dan pengalamannya... 

penaku
BunkCop

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors