Saturday, February 5, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Alhamdulillah pada 3 dan 4 hari bulan 2 baru-baru ni.. BunkCop telah dijemput untuk menghadiri ke majlis kenduri kahwin. Pada 3 hari bulan 2 , Madam Busyra Hayati dengan pasangan pilihannya telah mengadakan majlis walimatul urus mereka di dewan Menara Zakat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang, BunkCop juga turut serta menghadiri ke majlis tersebut,madam Busyra ni adalah salah seorang lecturer BunkCop masa diploma Tahfiz dulu, baik, kuat agama, tegas orangnya... Kepada madam Busyra, BunkCop doakan agar berbahagia bersama suami tersayang hingga ke anak cucu.
  Satu lagi majlis walimatul urus yang BunkCop hadiri pada 4/2/2011 di pekan Langgar Kedah, Beliau Wan Nazri dan pasangan pilihannya Nor Suhana. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Wan Nazri berjaya mengakad nikah di masjid al-Huda. Nazri adalah salah seorang pelajar sekuliah semasa diploma dulu, dan beliau adalah salah seorang housemate aku masa di Kg Mempelam , dia ni seorang yang jaga kebersihan semasa kami tinggal di rumah sewa, tak lupa juga, setiap kali BunkCop nak bayar duit sewa, BunkCop akan membayar kepadanya... terima kasih aku ucapkan kepada Nazri.. Selamat pengantin baru aku ucapkan... jaga elok-elok suhana tu... jangan bagi acap kacau...kat bawah ni BunkCop post gambaq semasa dia di masjid .
Seperti durian dibelah dua, sama padan..
Tahniah Nazri dan Suhana..
BunkCop doakan agar kedua-dua mempelai berbahagia keanak cucu, dan jaga hati masing-masing... persoalannya BunkCop bila????

penaku
BunkCop

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors