Thursday, August 30, 2012

SEBENARNYA BEST HIDUP SINGLE TANPA COUPLE


Entri Kali ini adalah sesuai dibaca bagi yang single sahaja.. Kalau yang dah Relation tu pun boleh gak la baca-baca dan renungkan.. hehe....  Bestkan rupenye single nie.... :p 

1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend or girlfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh bersama-sama belajar dan mengadakan aktiviti seperti kenduri atau sebagainya di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend
or girlfriend ke panggung wayang atau keluar makan bersama-sama boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak-anaknya yang sudah besar dan mempunyai boyfriend
or girlfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend
or girlfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend or girlfriend anda.
dunia ku bebas



 credit to : infolepak.com

Pandangan BUNKOP, memang best sebenarnya hidup single tanpa couple, kita x perlu jaga hati sapa2, x da sapa yang akan mengongkong kita, cuma kita hanya jaga perintah Allah ja.. yang dilarang kita x buat, yang diperintah kita buat..yang lain fikir lepas kahwin.. he he.. sekarang kita ENJOY....

SELAMAT HARI RAYA

tema kuning3.0
masuk hari ni cukup 2 minggu dah kita dalam bulan syawal... x salah kalau BUNKCOP nak ucap selamat hari raya pada semua yang mengenali dan memohon maaf sekira ada salah yang sedar mahupun x sedar.. bawah ni BUNKCOP upload video keluar BUNKCOP bersama keluarga... semoga raya kali lebih bermakna kepada semua umat yang mengenali dan semua umat islam amnya..


Wednesday, August 29, 2012

Pelajar IPT tubuh Group sex akhirnya menderita HIV

Allah masih buka ruang insaf & bertaubat..
Dari sumber yang BUNKCOP terima, mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
 Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara. Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan. Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
BUNKCOP berharap mereka cepatlah insaf dan bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka untuk mereka. Dan doakan kita , ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, dan semua umat islam dapat menjahui dan dilindungi dari perkara-perkara yang x bertamadun ini...

ini contoh group.. tapi ini filem
gambar hiasan

Lelaki pecah masuk asrama mati dibelasah sekumpulan pelajar


gambar hiasan
29 Ogos 2012
ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.

Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.

"Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhdap suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.

Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama
Sumber: sinar online

ERTI KEMERDEKAAN

Erti kemerdekaan dari pandangan Ustaz Azhar Idrus ...

Sebenarnya negara kita belum merdeka dari sudut pandangan akhirat walaupun penjajah sudah pulang ke kampung halaman mereka, namun hasrat mereka ingin melihat anak bangsa kita tiada lagi adab dan tidak lagi pegang teguh pada agama islam, dan pemimpin hanya berfikir agar hanya mereka di atas tahta untuk memerintah negara.  

Negara ku belum merdeka, negara kita masih dijajah oleh budaya barat....

Ustazah Bersubahat Biarkan Suami Rogol Anak Sendiri


AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.

Sumber : Metro


Ulasan Admin : Apabila gelaran ' Ustazah ' hanya pada nama tapi bukan pada perbuatan, nafsu dan maksiat tetap menjadi makanan dan mainan hidup.Marilah kita sama-sama doakan supaya Ustazah tersebut bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.InsyaAllah.

Kredit to : islamitusuci.com

Monday, August 27, 2012

ADA APA EK DALAM KAABAH ?



Pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya terdapat dalam Kaabah. Kalau di zaman Arab Jahiliyah dulu, seperti termaktub dalam sejarah, kita tahu yang dalam Kaabah terdapat banyak patung-patung sembahan. Selepas pembukaan Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, semua patung-patung itu telah dibuang. Gambar-gambar yang dilukis atau diconteng oleh orang Arab Jahiliyah di dalam Kaabah turut dibersihkan. Maka, sekarang, apa yang telah terjadi di dalam Kaabah? Adakah anda tahu? Betul ke ada banyak emas perak dan permata di dalam Kaabah? Adakah hanya sebuah bilik kosong sahaja? Saksikan gambar-gambar dan artikel terperinci di bawah.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy. Tiang-tiang Kaabah itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.
Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.
Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.

Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.
Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.
Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.
Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.
Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.
Perigi Harta Dalam Kaabah
Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.
Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors