Bermula dari 22 Ogos hingga 20 Oktober,
2012 Kuala Lumpur, 17 Ogos 2012: Dengan bangganya buat pertama kali
dalam sejarah penyiaran radio, ERA fm bertindak sebagai penaja rasmi
Piala Malaysia 2012, bersama Astro Arena. Setelah 14 tahun keudara
sebagai radio nombor satu di Malaysia, ERA fm telah menyokong sukan bola
sepak negara secara langsung atau tidak langsung sejak keudara pada
1998.
Sebagai penaja rasmi Piala Malaysia
2012, ERA fm akan membawa liputan lengkap sebelum dan selepas perlawanan
pada musim ini, bermula dari 22 Ogos hingga 20 Oktober, 2012. ERA fm
akan memberi maklumat perlawanan kepada hampir lima juta pendengar, dan
memberi tiket-tiket percuma untuk perlawanan-perlawanan terpilih melalui
peraduan yang di keudarakan mahupun daripada Skuad Perodua Era.
Saingan Piala Malaysia kembali dengan
enam belas (16) pasukan terdiri daripada dua belas (12) pasukan teratas
dari Liga Super Malaysia 2012 (Kelantan, Lions Xii FC, Selangor, Perak,
Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor PKNS FC, T-Team, Johor FC, KL
Felda United FC, Sarawak dan Kedah) dan juga empat (4) pasukan dari Liga
Perdana Malaysia 2012 (ATM, Pahang, KL Sime Darby FC dan Johor).
Sementara itu, beberapa perlawanan
terpilih Piala Malaysia turut akan disiarkan secara langsung di Astro
Arena (Saluran 801) pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Sabtu jam 8.00
mlm.
Selain itu kemeriahan kempen Piala
Malaysia turut dimeriahkan dengan ERA Piala Malaysia – Liga Fantasi di
mana para peminat akan dapat memilih pasukan idaman mereka dan memenangi
pelbagai hadiah-hadiah lumayan.
Layari fantasy.arena.my dan sertai Era Piala Malaysia – Liga Fantasi sekarang!
sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
milik siapakah tahun 2012 ini??? |
0 comments:
Post a Comment