‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di
kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan)
ketika Rasulullah SAW memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada
agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah,
kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi
beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para
sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya
sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah
Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat
yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur
tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di
manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah
Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan
‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah.
Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau
mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia
melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di
sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata
itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu
mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan
yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah
Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan
untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh,
tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak
dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan
segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan
agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia
syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu
pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan
pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir
waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama
menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi
telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi
yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam
sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ”
Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang
menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
SAYANG YANG TAK TERUNGKAP
-
Pandanglah buat kali terakhir
Kerana mungkin ini peluangnya.
Demi merungkai segala prasangka
Kita menguris hati-hati dewasa.
Dalam tak sedar memb...
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment