Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Pantas sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik, sudah setahun berlalu kita meninggalkan 2011 dan hari ini kita mula melangkah ke tahun baru 2013 Masihi, menandakan semakin singkatnya usia kita dan semakin hampir dengan ajal yang tidak diketahui bila akan menjemput kita.
.
Maka benarlah hadis daripada Anas Bin Malik bahawa Rasulullah  bersabda :
لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان وتكون السنة كالشهر ، والشهر كالجمعة ، وتكون الجمعة كاليوم ، ويكون اليوم كالساعة ، وتكون الساعة كالضرمة بالنار
“Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah masa menjadi sangat singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti percikan nyalaan api.” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi)
.
Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya.
.
Berusaha mengubah kepada lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna telah mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
.
Azam baik tidak seharusnya ditunggu hanya apabila sambutan tahun baru. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tapi perlulah bersegera memperbaikinya.
.
Sabda Rasulullah  : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
.
Semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ini, kita dapat membina kekuatan ilmu, jiwa dan iman, seterusnya berjaya melahirkan amal dan tindakan.yang menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah suatu yang lebih baik terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara umat Islam. Insyaallah…
.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WORLD MAP VISITOR

Locations of Site Visitors