sekadar gambar hiasan |
Syaitan sememangnya tidak
pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu
Adam.........
Suatu
hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah
Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah
untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah.
Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya:
“Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan
datang untuk ambil dia balik.” ....
Siti
Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis
laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda
terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti
Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak
ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu
menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti
Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS
menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan
daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia
nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....
Keesokan pagi, Iblis pun datang
lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis
pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka
berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu
ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami
gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti
Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru
anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan
di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih
tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas
malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....
Apabila Nabi Adam AS pulang,
baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan
bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka.
Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha
syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita
lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya
kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan
mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....
Keesokan paginya datanglah
Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak
aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!”
jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru
anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali
dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....
Apabila Nabi Adam AS pulang,
baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak
boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi
Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah
dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!”
cadang Nabi Adam AS.....
Keesokan hari, datanglah lagi
Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak
aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa
dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab
Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya:
"Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan
Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis
memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat.
....
Syaitan Khannas ini tugasnya:--
Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja
aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH
(Bismillah).
Bila kita solat dia akan
berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah
bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan.
Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya
banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari /
bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....
Sahabat Rasulullah SAW pernah
bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW,
setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa,
atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila
kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca
Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah
BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan
ikut serta 'bersama'. ....
Lihatlah bagaimana syaitan yang
tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga
ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat
kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI
RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam
0 comments:
Post a Comment