Dr. Muhammad
Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM –
juga dikenali
sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian
Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang
pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga
merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa
Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah
di universiti yang paling berprestij di dunia.
Biodata Beliau
-Nama: Muhammad
Afifi Al-Akiti
-Tempat Lahir:
Batu Gajah,Perak
-Pernah
dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland
-Tersenarai
pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar
dalam ilmu pendidikan islam.
-Dilantik
menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
-Tahun 2010,
beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri
Perak,Pengistiharannya telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja
Nazrin Shah.
Pendidikan:
-Mendapat
pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
-Menyambung di
beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi dan Syria
-Melanjutkan pendidikan
di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di
Universiti Queen)
-Meneruskan
perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti
Oxford.
Dr Afifi
merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi
sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah
kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari
situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian
beliau ke tahap yang lebih tinggi.
Ketika mana
menuntut di Universiti Oxford, beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah
dalam bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang cendekiawan
Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi
Islam, Sejarah dan Sains.
Hasil tesis
yang begitu mengkagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar
sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam termasyur, Imam
Ghazali. Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat
kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga
tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil
kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan
falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Beliau telah
dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang
keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau
telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau
memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.
Kepetahannya
berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk
berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah
bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.
Subhanallah,Allah
yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah
membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu
muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan
sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.
Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini
merupakan lulusan sekolah pondok yang berjaya mencapai kecemerlangan pendidikannya
sehingga menjadi bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah
seorang tenaga pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah
pondok tiada masa depan?)
Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti
telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada
pangkat "Dato'".
#salah seorang idola bunkcop, Ya Allah, temukanlah aku dengan dia.. dan jadikanlah sama ada aku atau lahir dari zuriatku manusia yang penuh dengan ilmu seperti Dr. Dato Afifi Akiti ini... amin....
0 comments:
Post a Comment